" My Story , My Life , My pain , My Love , Myself "

HomeProfileFriendsStuffsBlank















안녕

20-ich girl fleeing in the field of English Literature with a passion in business and trying to be the future Malaysian Ambassador. Business : BIUBIU.CLO / Email : wawa.adzuar@gmai.com

저에게 연락

FACEBOOK TWITTER ASK.FM BLOGSKIN INSTAGRAM FOLLOW

잡담

Exchange Link open
Accept "Follow You, Follow back"
Harsh Words Are not Allowed

위해 보관



사회적인



CREDIT

© 2013 - Skins by IKA. thanks to Adila, Mayra, hanie & fiqa for the other codes and stuff. do tell me if im not credit yours. dont remove the credits. *peace*
Luahan seorang bapa
written by ika at Monday 27 January 2014 & got 0 Comments

Asslamualaikum semua. Pagi ni nak buat satu entry tentang ibu bapa kita. Sebenarnya, memang takda idea nak buat apa-apa post, tapi lepas terdapat satu mesej dari emak kandung saya sendiri, rasa macam memang menyesal selepas apa yg saya dah buat kat dia. Mungkin mak nak cakap benda ni juga, cuma tak tahu cara. jadi bersamaan tarikh 27/10/14 pada pukul 12 tghari , emak saya sudah pun meluahkan segala yg tersirat di buku hati dia kepada saya.

ni lah mesej yg saya dapat, kisah seorang bapa yg meluahkan isi hatinya kepada seorang anak. (sila sediakan tisu di tepi anda)

LUAHAN SEORANG BAPA

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yg dia terlepas pandang selama ni. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yg lepas tarikhnya. Ditatap isinya .....

" Salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. Abah cuba hanta mesej ni pada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yg ajarkan.
Ingat tak bila pertama kali kamu ada handphone? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada handphone. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah bercakap. Kamu asyik panggil 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4,5 tahun. Tapi, abah percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Abah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu. Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaj ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan handphone kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewaitu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abh lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata apa-apa. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi. Abah tak minta banyak. Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yg terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. Apapun, maafkan abah atas curhat abah ini.
Jagalah solat, jagalah hati, jagalah iman. Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah, namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.
Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

TAMAT

Sedihkan dengar luahan hati ayah kepada anaknya. Bila baca mesej ni dari emak sendiri , baru tahu betapa teruknya dirini, hanya pentingkan kekasih je.

Dulu waktu kecil-kecil selalu ingatkan abah dan mak, selalu dukung kakak bawa jalan-jalan lagi-lagi pergi Zoo Taiping. Selalu cerita haiwan ini haiwan itu. Bila kakak sakit selalu teman, belikan mainan utk happykan kakak. Bila kakak tak dapat tempat kat sekolah, periksa kurang pandai, dapat tempat last-last, abah dan mak selalu belikan hadiah. Bagi hadiah hanya utk happykan kakak.

Tapi bila kakak dah besar, kakak banyak buat dosa kat abah dan mak. Bila PMR masa yg paling teruk sekali. Dulunya pandai, bila PMR dapat result yg sangat teruk. Abah dan mak tak marah, peluk, tenangkan kakak walaupun kakak menangis teresak-esak. Kakak tak sangka abah dan mak baik sampai tak marah lansung. Kakak ingat lagi abah kata " Tak apa, nanti bila SPM buat yg terbaik. Abah tahu kakak pandai. Kakak bukan nya bodoh pun. Abah selalu doakan kakak dapat buat yg terbaik nanti. Abah dan mak sayangkan kakak. "

Kakak janji akan buat yg terbaik hanya utk abah dan mak ! Kakak dah usaha sungguh-sungguh utk SPM ni. Harap kakak dapat happykan abah dan mak macam mana abah dan mak happykan kakak dulu. Kakak tak akan lupakan jasa abah dan mak, kakak akan balas dgn sebaik mungkin. Terima kasih abah dan mak. Sayang abah dan mak lebih dari diri sendiri. =)


Post a Comment

Komen here :